RUU Pembaharuan Semula Bandar ditarik balik

RUU Pembaharuan Semula Bandar ditarik balik

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menarik ba­lik Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Ban­dar (PSB) untuk diteliti dan ditambah baik sebelum dibentangkan semula di Parlimen.

Jurucakap Kerajaan Perpa­duan, Datuk Fahmi Fadzil ber­kata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Ko­munikasi berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju secara dasar bahawa wujud keperluan untuk mengubal semula rangka undang-undang berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha itu dibuat bagi membolehkan isu perubahan di kawasan bandar khusus berkait miskin bandar diatasi dengan tuntas dan adil.

“Jemaah Menteri bersetuju bahawa undang-undang pembaharuan sebuah bandar ini akan ditarik balik untuk ditambah baik, diteliti dan dibentangkan semula,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, di sini semalam.

Mengenai alasan RUU itu ditarik balik, katanya ia dibuat selepas mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen yang telah membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat sebelum ini.

“Sebahagiannya (pandangan) ada melibatkan maklum balas yang Jemaah Menteri terima dari rakan-rakan UMNO dan juga ahli-ahli Jemaah Menteri yang lain.

“Kita inginkan RUU PSB ini diberi satu bentuk yang menerima semua pandangan-pandangan ini sebelum dimasukkan sebagai draf.

“Ada beberapa perkara akan diteliti untuk tambah baik. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming sendiri telah memaklumkan daripada pihak UMNO ada sejumlah cadangan yang di­terima dan ia akan dimasukkan sebagai draf,” katanya.

Proses menghasilkan semula draf RUU PSB akan dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara dan ia akan mengambil sedikit masa sebelum dibentangkan semula.

Sebelum ini, RUU PSB dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Kor Ming dengan tujuan memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.

Bagaimanapun, pembentangan bacaan kedua rang undang-undang itu ditangguhkan selepas beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyuarakan hasrat supaya ia diteliti semula dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak.

Baru-baru ini, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menge­tuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan RUU tersebut meminta kerajaan menggubal semula RUU PSB dengan mengambil kira pandangan pihak berkepen­tingan sebelum dibentangkan di Parlimen.

Perkara itu antara yang diputuskan dalam Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 4 Februari lalu.

Menurut Johari, konvensyen itu berpandangan, draf sedia ada mempunyai terlalu ba­nyak kelompongan dan peruntukan yang tidak meyakinkan.

Ia juga gagal menjamin perlindungan secukupnya kepada pemilik hartanah serta masyarakat setempat.

Konvensyen ini secara tegas menuntut kerajaan supaya tidak meneruskan pembentangan RUU PSB sehingga ia digubal semula dengan mengambil kira cadangan, pandangan dan pendapat yang dibangkitkan.

Konvensyen PSB mengusulkan tiga resolusi antaranya, menuntut RUU PSB tidak te­rus dibentangkan sehingga ia digubal semula bagi mengambil kira pandangan pihak ber­kepentingan dan menggesa kajian semula menyeluruh dan pindaan bersepadu terhadap akta sedia ada sementara menunggu RUU PSB digubal semula.

Ia turut mengusulkan penubuhan Lembaga Pemba­ngunan Semula Bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini