PUTRAJAYA: Transformasi sistem pendidikan tinggi Malaysia di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 dilaksanakan menerusi tiga fasa supaya lebih berkesan. Susunan fasa pelaksanaan itu juga bagi memastikan kemajuan berterusan selain mengelak bebanan sistem serta kelesuan pelaksanaan. Pelaksanaan strategi dan inisiatif bagi 10 lonjakan secara berperingkat dalam setiap fasa itu juga adalah memastikan setiap peringkat membina asas untuk peringkat seterusnya. Ia selaras dengan keupayaan, kapasiti dan tahap kesediaan institusi pendidikan…









