PETALING JAYA: Ringgit meneruskan aliran menaik meskipun pihak Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah pada tahap 3.50 peratus hingga 3.75 peratus. Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada 3.9150/9200 berbanding penutup 3.9160/9220 pada Rabu. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, situasi itu menunjukkan permintaan terhadap mata wang ringgit terus meningkat meskipun penilaian bank pusat…










