BUKIT BERUNTUNG: Langkah melaksanakan reformasi yang perlu dilakukan menerusi rundingan dan musyawarah dalam kalangan pimpinan semua parti bukan perkara mudah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini kerana setiap pemimpin mempunyai perjuangan dan keutamaan mereka. Justeru itu katanya, kerangka reformasi di negara ini perlu dilaksanakan secara waras dan bijaksana, bukan secara melulu. “Kita (perlu) buat perubahan yang dibangkitkan. Tapi soal kaum yang ditakutkan soal (agenda) orang Cina. Dia fikir…










