SEOUL: Mahkamah tinggi di sini menetapkan hukuman satu tahun empat bulan penjara terhadap penyanyi rap terkenal Korea, B-Free.
Hukuman dijatuhkan apabila empunya nama sebenar Choi Sung-ho itu dibuktikan bersalah menyerang seorang individu pada 2024.
“Defendan menyebabkan mangsa berpotensi mengalami kecatatan kekal pada mata sebelah kanan.
“Dia wajar dikenakan hukuman yang setimpal,” kata hakim dalam prosiding 2 Januari lepas .
B-Free dalam kejadian itu menyerang seorang individu selepas membuat kekecohan di hadapan sebuah pangsapuri dekat sini.
Mangsa yang mengalami retak tulang pipi selain cedera bahagian mata menjalani rawatan selama enam minggu di hospital. – UTUSAN










