Rahsia ‘pecah’, Nur Fazura rasmi duta Jakel 4nomena Raya 2026 - Utusan Malaysia

Rahsia ‘pecah’, Nur Fazura rasmi duta Jakel 4nomena Raya 2026

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Aktres popular, Nur Fazura diumum sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka, Jakel.

Pengumuman yang dibuat pada acara pertunjukan fesyen, Jakel 4nomena Raya 2026, malam tadi mencetuskan suasana meriah dalam kalangan tetamu yang hadir.

Ini sekali gus menjawab teka-teki dalam kalangan peminat mengenai gerangan sebenar wanita yang dimuat naik menerusi ‘teaser’ awal Jakel di media sosial, semalam, yang menyebut perkara itu sebagai kejutan terakhir.

Kolaborasi eksklusif bersama Fazura yang juga usahawan menjadi antara sorotan utama acara berkenaan yang turut menampilkan puteri tunggalnya, Nur Fatima.

Fazura dalam ucapan sempena pelantikannya itu berkata, dia tidak menyangka diberi peluang untuk menjadi duta Jakel pada tahun ini sementelah selama ini juga menjadi pembeli setia jenama itu.

“Saya ucapkan terima kasih pada Jakel kerana sudi berkolaborasi bersama saya untuk koleksi Fazura X Jakel. Terus-teranf saya memang peminat dan pembeli setia Jakel dan tak sangka tahun ini terlahirnya kolaborasi ini.

“Saya  harap semua suka rekaan yang kami sama-sama hasilkan. Kesemua ada 51 rekaan yang cantik, patuh syariah dan harga pun mampu milil untuk semua. Saya harap semua suka,”katanya.

Kolaborasi bersama Fazura bukan pelantikan sebagai duta, sebaliknya kerjasama khas eksklusif Jakel 2026, sekali gus mencetuskan fenomena dan keterujaan dalam kalangan peminat serta pemerhati industri fesyen.

Pertunjukan fesyen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026,

yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air, iaitu Nabil Ahmad dan famili,

Achey dan famili, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli dan Que Haidar.

Selain itu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026, sebagai usaha

mendekati generasi muda dan pelanggan baharu. Antara duta Gen Z terbabit ialah Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

Kesemua duta ini tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang mengetengahkan rekaan

elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, Jakel melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya, menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN