Proses penamaan PRK Kinabatangan, Lamag bermula

Proses penamaan PRK Kinabatangan, Lamag bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan di sini hari ini.

Kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula dilaksanakan termasuk penutupan beberapa jalan bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.

Proses penamaan calon dijadualkan bermula pukul 9 pagi bagi memberi peluang kepada calon yang berminat untuk bertanding dalam PRK tersebut.

Setakat ini, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, manakala kerusi DUN Lamag pula, BN menamakan bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha, untuk mewakili parti itu.

Sementara itu, Parti Warisan (Warisan) menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Kinabatangan, manakala Ahli Majlis Tertinggi parti, Mazliwati Abdul Malek, dicalonkan bagi kerusi DUN Lamag.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar, 66, pada 5 Disember lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding hari ini sehingga jam 11.59 malam, 23 Januari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN