Pelakon lelaki ditahan polis, disahkan positif dadah

Pelakon lelaki ditahan polis, disahkan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan penahanan pelakon lelaki terkenal selepas ujian saringan air kencing ke atasnya didapati positif dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas lanjut penahanan itu.

“Ya. Saya sahkan ada penahanan itu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pelakon berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan direman tiga hari sehingga esok.

Sumber dilaporkan berkata, pelakon itu dipercayai ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif.

“Kertas siasatan difahamkan sudah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Sumber berkata, pelakon terbabit akan didakwa dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pelakon terbabit turut pernah ditahan berkaitan dadah apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman selepas mendapati pelakon itu bersalah kerana menggunakan dadah dikenali THC.

Bagaimanapun, pelakon itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan dia membayar hukuman denda RM5,000.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN