KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mencadangkan penubuhan Konsensus Nasional Baharu yang berpaksikan kepentingan negara serta merentasi parti politik, kaum, agama dan wilayah. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gagasan berkenaan merupakan satu proses pembaharuan kepimpinan yang realistik dan boleh dilaksanakan, berasaskan pengalaman sejarah negara serta mengambil kira cabaran masa depan khususnya selepas Malaysia melalui pelbagai rintangan. Beliau berkata, dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pernah…










