KUALA LUMPUR: Penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti kemasukan semula individu yang pernah meninggalkan UMNO bukan bertujuan membuka pintu parti secara terbuka tanpa syarat. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia ditubuhkan bagi memastikan setiap pertimbangan dibuat selaras dengan perlembagaan parti supaya keputusan dapat ditangani secara adil dan tersusun. Katanya, sebagai sebuah parti demokratik, UMNO perlu mendengar suara ahli di peringkat bawah sebelum sebarang keputusan dibuat. “Suara akar…










