Pihak berkuasa Thailand tahan suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand tahan suspek bom stesen minyak

BEBERAPA stesen minyak yang dibom di Wilayah Narathiwat, selatan Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an kerana disyaki terbabit dalam pengeboman di salah sebuah stesen minyak di Wilayah Narathiwat, semalam.

Sumber keselamatan di sini berkata, lelaki terbabit ditahan pagi semalam berdasarkan kesan darah yang dijumpai di tempat kejadian di stesen minyak PTT Moo 4, Ban Khok, Mukim Chuap, Daerah Cho Airong.

Katanya, anggota pasukan keselamatan menyerbu dan menggeledah sebuah rumah sebelum menahan suspek untuk siasatan lanjut selain menemukan peralatan membuat bom.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia berdasarkan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) terhadap darah dan penutup kepala berwarna hitam yang ditemukan di sekitar laluan melarikan diri di stesen minyak berkenaan.

Ia dipercayai milik sekurang-kurangnya dua suspek yang disyaki terlibat dalam pengeboman stesen minyak berkenaan,” katanya hari ini.

Sumber itu juga mendedahkan, pihak berkuasa percaya serangan itu dilakukan anggota sayap bersenjata Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN), sebuah kumpulan pergerakan pembebasan yang aktif di Selatan Thai.

Susulan itu katanya, satu nota bantahan dihantar melalui Majlis Keselamatan Negara kepada BRN bagi menyatakan pendirian bahawa sebarang masalah memerlukan pendekatan aman menerusi proses dialog damai.

“Nota itu dihantar melalui fasilitator Malaysia yang menyatakan Thailand menolak penggunaan kekerasan yang menjejaskan kehidupan rakyat. Perbuatan ganas itu menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan tersebut dan menunjukkan bahawa pelaku tidak mempunyai legitimasi untuk mewakili orang ramai di kawasan tersebut,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, tiga wilayah selatan negara ini iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat  digegarkan dengan letupan bom melibatkan 11 buah stesen minyak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×