KUALA LUMPUR: Perwakilan MIC dilihat hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 hari ini, sekali gus mencuri tumpuan di sebalik desas-desus mengenai kemungkinan parti itu meninggalkan Barisan Nasional (BN).
MIC diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan, selain beberapa pimpinan kanan parti.
Sebelum ini, MIC mengesahkan menerima jemputan rasmi daripada UMNO untuk menghadiri majlis berkenaan meskipun timbul spekulasi berhubung hala tuju politik parti itu dalam BN.
Saravanan juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada UMNO serta mengucapkan selamat bersidang kepada parti berkenaan.
Selain itu, beberapa komponen BN termasuk MCA diwakili Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong juga hadir.-UTUSAN










