PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak masuk campur dalam pergeseran yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) ketika ini. Perdana Menteri berkata, kemelut politik dan perpecahan dalam kalangan parti politik yang terjadi pada waktu ini bukan juga dalam tanggungjawab kerajaan. Menurutnya, tumpuan utama pentadbiran pada masa kini adalah untuk menumpukan kestabilan negara, pemulihan ekonomi dan pembelaan nasib rakyat. “Yang penting sekarang, kerajaan perpaduan masih utuh dan semua telah…










