PUTRAJAYA: Asas ekonomi negara perlu terus diperkukuh bagi memastikan sebarang ketidaktentuan geopolitik global tidak menjejaskan hala tuju pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, landskap geopolitik dunia tahun ini dijangka lebih mencabar, termasuk ketidaktentuan luaran seperti konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Venezuela, justeru fokus utama kementerian adalah untuk memastikan ekonomi negara kekal berdaya tahan. “Memasuki 2026, geopolitik global akan menjadi satu cabaran besar yang…










