Perkahwinan ibadah yang menyeronokkan - Mira Filzah - Utusan Malaysia

Perkahwinan ibadah yang menyeronokkan – Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mira Filzah, 32, menyarankan kepada golongan yang takut mendirikan berumah tangga agar mengubah persepsi dan membuang kekhuatiran mereka.

Kata Mira, hal demikian kerana perkahwinan merupakan perkara menggembirakan dan membahagiakan asalkan pasangan hidup yang dipilih adalah individu yang tepat dan bersesuaian.

“Perkahwinan itu merupakan satu ibadah yang menyeronokkan. Satu perkara yang menggembirakan apabila kita ini berteman sampai ke hari tua.

“Tetapi, carilah pasangan yang sesuai dengan kita dan keluarga kita,” kongsinya yang ditemui selepas malam gala dan sidang media filem Akad Yang Hilang, semalam.

Kata ibu seorang cahaya mata berkenaan, seseorang itu perlu menilai pelbagai aspek sebelum memilih pasangan hidup.

“Kalau boleh pilih pasangan yang sekufu pada sudut pendapatan, pekerjaan, perbelanjaan, cara pemikiran dan sebagainya,” katanya lagi.

Mengulas tentang filem Akad Yang Hilang, Mira meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk bekerjasama dengan syarikat produksi, Astro Shaw akhirnya tercapai.

Malah empunya nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman itu mengakui amat berpuas hati dengan hasil pembikinan Akad Yang Hilang meskipun penggambarannya dibuat dalam tempoh yang terlalu singkat.

“Saya sebenarnya sudah lama berkeinginan berlakon di bawah Astro Shaw. Bila ditawarkan , saya terus bersetuju.

“Sebelum ini saya cukup risau kerana penggambarannya dibuat dalam tempoh singkat dan cepat.

“Sesi bacaan skrip pun kami tak sempat habiskan, dua tiga hari selepasnya kami terus mulakan penggambaran.

“Tapi setelah menonton filem ini, saya amat berpuas hati,” katanya lagi.

Akad Yang Hilang diarahkan sutradara Bahri Uma turut dibintangi Syarul Ezani, Idan Aedan, Sherie Merlis, Aleza Shadan, Haidar Hasanudin dan ramai lagi.

Filem ini bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN