KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh sebuah pusat asuhan kanak-kanak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap dua bayi, Disember lalu. Tertuduh, Perada Randai, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suhaila Haron dan Noridah Adam. Bagi pertuduhan pertama, Perada, 27, didakwa sebagai individu mempunyai pemeliharaan ke atas seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan telah menampar pipi serta mengetuk kepala…










