IPOH: Penduduk sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah pembangunan di kawasan bekas hutan simpan kekal seluas 18.62 hektar berdekatan sebuah kelab golf di sini, yang telah diubah status kepada zon perumahan dan pertanian. Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, pembangunan itu dikhuatiri mengundang risiko banjir lumpur, selain kemusnahan habitat hidupan liar seperti siamang dan harimau akar. “Walaupun kini status tanah kawasan cadangan telah…










