PETALING JAYA: Pemuda Pas Selangor mendesak pihak berkuasa ambil tindakan segera terhadap penganjuran program tular di media sosial yang didakwa mempromosikan gaya hidup bercanggah dengan nilai masyarakat dan undang-undang negara. Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, program itu secara terang-terangan memaparkan normalisasi ideologi jantina yang bertentangan dengan nilai agama, budaya serta kerangka perundangan Malaysia. “Malaysia bukan negara tanpa nilai, Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, manakala norma…









