Pemuda cadang agenda Tekad Ummah penyatuan UMNO dan Pas

Pemuda cadang agenda Tekad Ummah penyatuan UMNO dan Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh mengagaskan Tekad Ummah iaitu agenda penyatuan antara dua parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas.

Dr. Muhammad Akmal berkata, idea itu bukan untuk mengaut laba politik sebaliknya sudah tiba masa orang Melayu supaya serius kepada agenda penyatuan ummah.

Katanya, Pemuda UMNO akan menggerakkan agenda Tekad Ummah dengan mengetuai perkara itu demi mencapai hasrat tersebut.

Beliau berkata, UMNO perlu memainkan peranan utama dalam menggerakkan agenda penyatuan orang Melayu dan bumiputera demi mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan institusi negara.

“Saya percaya penyatuan orang Melayu dan bumiputera mesti digerakkan oleh UMNO. Ia memerlukan keinsafan dan keberanian untuk kembali kepada asas perjuangan parti,” katanya dalam ucapan dasar Ketua Pemuda di sini hari ini.

Katanya, tanpa usaha penyatuan yang bersungguh-sungguh dan berpaksikan prinsip, keresahan rakyat akan terus berlarutan serta membuka ruang kepada perpecahan yang lebih besar dalam masyarakat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN