KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan pemandu Honda Jazz yang dituduh atas kesalahan memandu hingga meragut nyawa penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), minggu lalu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru. Majistret Noor Mazrinie Mahmood mengeluarkan perintah itu terhadap Mohd. Izuddin Zakaria, 32, selepas pertuduhan dibacakan selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin serta menggantung semua jenis kelas lesen kenderaannya sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan tarikh…










