KUALA TERENGGANU: Mahkamah membenarkan pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan di sini, Isnin lalu ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membatu siasatan polis. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Yuhanis Mohd Roslan selepas membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret di sini. Suspek lelaki berusia 32 tahun itu dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi sebelum permohonan…










