KUALA TERENGGANU : Seorang pelajar tingkatan tiga maut pada hari pertama persekolahan selepas motosikal ditunggangnya kemalangan di Jalan Kepong di sini, hari ini. Dalam kemalangan pada pukul 6.40 pagi itu, Nor Hazimi Nor Hashim, 15, yang belajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan. Kemalangan berlaku ketika Nor Azimi dalam perjalanan pulang mengambil adiknya di rumah mereka…










