Pelajar kawasan Pulau Tawar, Jerantut teruja dapat gunting rambut

Pelajar kawasan Pulau Tawar, Jerantut teruja dapat gunting rambut percuma

NORSARFINAZ Mohd Azman (tengah) bersama ibu bapa dan kanak-kanak menyertai Program Gunting Rambut Percuma sempena Kembali Ke Sekolah di Galeri Mat Kilau, Kampung Bukit Jerantut baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 100 kanak-kanak dan remaja lelaki menyertai Program Gunting Rambut Percuma sempena Kembali Ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Jerantut dan Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) Jerantut di Galeri Mat Kilau, Kampung Bukit Rang dekat sini baru-baru ini.

Program sehari itu dibantu oleh tiga orang tukang gunting rambut yang turut dihadiri oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar yang juga Pengerusi MPWP Jerantut, Norsarfinaz Mohd. Azman.

Bercakap kepada Utusan Pelajar, Norsarfinaz berkata, dia bersyukur program itu mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 100 kanak-kanak dan remaja dari kawasan Felda dan kampung tradisional pinggir Sungai Pahang mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

“Kita tidak mengehadkan jumlah penyertaan untuk perkhidmatan percuma ini, malah dialu-alukan lebih ramai datang ke sini dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan bantuan tiga orang tukang gunting.

“Program ini merupakan aktiviti tahunan setiap menjelang sekolah dibuka bertujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga yang susah membuat persiapan anak ketika sekolah mula dibuka,” katanya di Kampung Bukit Rang baru-baru ini.

Seorang kanak-kanak dari Felda Jengka 12, Aiman Rayyan Amiruddin 12, berkata, dia teruja apabila menyertai program gunting rambut percuma untuk kekemasan diri menjelang pembukaan sekolah sesi 2026 dibuka.

“Inilah kali pertama saya berpeluang menyertai program secara percuma berbanding sebelum ini pergi kedai gunting rambut berbayar,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN