MELAKA: Seorang pekerja kilang maut manakala rakannya cedera dalam kejadian letupan melibatkan kerja-kerja kimpalan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Bukit Rambai di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi, mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 44 tahun meninggal dunia di lokasi selepas melecur kira-kira 90 peratus. Rakannya yang berusia 32 tahun pula melecur kira-kira lima peratus dan dikejarkan ke Hospital Melaka. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan…










