SEREMBAN: Seorang penolong pegawai tadbir pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas enam pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM47,000. Tertuduh, Hamiza Hashim, 53, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, K. Kaganwasri. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kedudukannya sebagai pegawai badan awam dengan mencadangkan sebut harga sebuah syarikat milik menantunya, bagi beberapa program dan aktiviti…








