KUALA LUMPUR: Pas tidak ada masalah menyokong cadangan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Pengerusi Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bagaimanapun keputusan itu perlu diputuskan dalam kalangan presiden-presiden parti gabungan PN itu. “Tiada masalah, (tetapi) Majlis Presiden (PN) yang perlu tentukan, bukan orang lain. Mesti dalam kalangan presiden-presiden parti, kalau semua setuju. “(Dalam pertemuan sebelum ini) tiada apa-apa keputusan dibuat berhubung…










