PARLIMEN: Ahli Parlimen diminta patuhi peraturan persidangan Dewan Rakyat

PARLIMEN: Ahli Parlimen diminta patuhi peraturan persidangan Dewan Rakyat

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen diingatkan supaya memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab seperti titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, semalam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, setiap Ahli Parlimen diminta mematuhi peraturan mesyuarat sepanjang persidangan berlangsung sehingga 3 Mac ini.

Beliau berkata, pihaknya dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar peraturan.

“Saya berharap Ahli Yang Berhormat memegang teguh prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam setiap tindakan dan ucapan mereka di Dewan yang mulia ini. Selain itu, Titah Yang di-Pertuan Agong semalam turut menekankan peranan penting Ahli Yang Berhormat.

“Oleh itu, saya sekali lagi mengingatkan Ahli Yang Berhormat supaya sentiasa mematuhi peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sebarang ketidakpatuhan akan ditangani secara tegas oleh saya dan Timbalan Yang Dipertua,” katanya sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Sultan Ibrahim melalui Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 mengingatkan semua Ahli Parlimen dan penjawat awam supaya tidak menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau bersubahat melindungi perasuah. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN