JOHOR BAHRU: Dua suruhan along mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan api yang mengakibatkan kerosakan harta benda empat mangsa pada tahun lalu. Tertuduh, T. Adrian Arvin, 26, dan S. Kaarthivi Raj, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah secara berasingan. Di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, kedua-dua tertuduh didakwa atas satu pertuduhan membakar…










