MARANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memilih Pengerusi baharu dalam kalangan pemimpin Pas susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan itu, berkuat kuasa semalam. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas sudah membuat keputusan mengambil alih kepemimpinan PN dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang disertai gabungan berkenaan termasuk wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan calon…










