PETALING JAYA : Seramai 21 warga asing ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah premis membuat pakaian di Taman Cempaka, Ampang semalam. Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, dalam penguatkuasaan Op Mahir itu, seramai 31 orang telah diperiksa hasil tujuh hari risikan dan pemantauan dilakukan. “Ketika serbuan, semua pekerja asing terbabit sedang melakukan kerja memotong kain serta menyiapkan tempahan tudung dan pakaian. Ada yang cuba melarikan diri…










