PETALING JAYA: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersedia memberikan khidmat nasihat bagi memperkukuh pengurusan risiko bahan kimia dan gas berbahaya susulan beberapa insiden kebocoran serta letupan gas yang berlaku baru-baru ini. Pengarah Eksekutif NIOSH, Datuk Ayop Salleh berkata, insiden berasingan melibatkan kebocoran gas amonia di Plaza Tol Seremban serta letupan sistem pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara minggu lalu wajar dijadikan peringatan serius oleh semua…







