RAUB: Kunjungan sebuah keluarga untuk bersantai dan menikmati keenakan buah durian Musang King bertukar mimpi ngeri apabila seorang daripada mereka hilang di Pusat Rekreasi Jeram Besu, Sega, di sini, semalam. Mangsa, Mohamat Firdarus Jamaidi, 25, yang hadir dari Johor Bahru bersama isteri yang baru dikahwini empat bulan lalu, Putri Nursyafika Yasmin Azizan Shah, 27, dikhuatiri lemas ketika mereka sekeluarga sedang bersantai di kawasan jeram itu. Putri Nursyafika berkata, kejadian berlaku…










