SEREMBAN: Tanaman nanas menjadi sumber ekonomi baharu di Negeri Sembilan selepas keluasan tanaman komoditi pertanian itu meningkat dalam tempoh lima tahun. Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Alias berkata, sehingga tahun tahun lalu, negeri ini merekodkan keluasan sebanyak 222 hektar kawasan tanaman nanas yang melibatkan seramai 278 orang usahawan berdaftar. “Berdasarkan data terkini, keluasan penanaman meningkat sebanyak 165.87 peratus dalam tempoh lima tahun terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan…










