MOT perkenal skim geran padanan ganti teksi lama

MOT perkenal skim geran padanan ganti teksi lama

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melancarkan skim geran padanan bagi menggantikan teksi lama kepada teksi baharu dalam tempoh dua bulan lagi.

Menterinya, Anthony Loke berkata, program itu lebih kurang sama dengan Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama yang dilancarkan hari ini bagi membantu pemilik teksi menukar kenderaan lama mereka kepada baharu menerusi satu skim mampu bayar.

“Menerusi skim itu, pemilik teksi akan memperoleh kenderan baharu, wajah baharu, lebih ekonomik dan yang penting selesa buat penumpang.

“Ini yang kita harap dapat laksanakan tidak lama lagi lebih kurang sebulan dua lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang memperincikan skim berkenaan dengan syarikat-syarikat automatif nasional.

“Ada kenderaan-kenderaan ini (teksi) yang memang dah sangat lama. Yang lebih daripada 20 tahun pun ada banyak. Itu yang kita nak bantu mereka perbaharui,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN