Mia Sara Nasuha akan jawab spekulasi pada masa sesuai - Utusan Malaysia

Mia Sara Nasuha akan jawab spekulasi pada masa sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak pengurusan pelakon, Mia Sara Nasuha, iaitu Xeno Entertainment, memilih untuk menunggu masa yang sesuai sebelum memberikan sebarang penjelasan berhubung spekulasi yang melibatkan artis naungannya itu.

Menurut wakil syarikat berkenaan, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak mengulas perkara tersebut buat masa ini kerana bimbang sebarang kenyataan awal hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Buat masa sekarang, kami memutuskan untuk tidak memberikan sebarang komen.

“Kami masih menilai sejauh mana isu ini akan berkembang dan berpandangan bahawa sebarang kenyataan pada waktu ini tidak akan membantu keadaan.

“Sekiranya tiba masa yang sesuai, selepas mempertimbangkan bentuk tindakan yang perlu diambil, barulah kami akan menjelaskan perkara sebenar berhubung isu terbabit,” katanya.

Terdahulu, nama Mia Sara Nasuha kembali menjadi perhatian selepas pelakon Puteri Balqis membuat pendedahan mendakwa pelakon berusia 21 tahun itu pernah menghina ibunya.

Isu tersebut terus mencetuskan kontroversi apabila Balqis turut mendakwa Mia pernah membulinya, selain mengaitkan pelakon itu dengan gaya hidup liar termasuk kunjungan ke kelab malam serta dakwaan menggugurkan kandungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN