Melawati Run platform penyatuan komuniti

Melawati Run platform penyatuan komuniti

HASROLNIZAM Shaari (lima dari kanan) melakukan flag off Melawati Run 2026 di Lorong Sarawak, Taman Melawati hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Kira-kira 900 orang telah menyertai acara larian Melawati Run 2026 anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Taman Melawati di sini pagi tadi.

Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata, acara itu dianjurkan sebagai platform penyatuan komuniti yang memupuk semangat kesukanan serta kesejahteraan fizikal dan mental.

“Sambutan kali ini membuktikan kesedaran masyarakat yang semakin tinggi terhadap kepentingan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden,” katanya.

Menurutnya, MPAJ sentiasa komited menyokong penganjuran program berteraskan kesejahteraan rakyat sejajar aspirasi mewujudkan persekitaran bandar yang sihat, selamat dan berdaya huni.

“Melawati Run akan terus diperkasa sebagai acara ikonik MPAJ dan Selangor yang dinanti-nantikan setiap tahun,” katanya.

Katanya, program itu dilihat sebagai pemangkin kepada pembudayaan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat setempat. – UTUSAN 

/habis/

Caption

HASROLNIZAM Shaari (lima dari kanan) melakukan flag off Melawati Run 2026 di Lorong Sarawak, Taman Melawati hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN