BATU PAHAT: Mayat seorang daripada dua nelayan yang dilaporkan hilang kerana terjatuh di lautan Sabtu lalu, ditemukan pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, mangsa, Mohd. Saiful Azli Ahmad, 45, ditemukan orang awam tersangkut pada dahan pokok di Sungai Burung Perpat. “Operasi hari keempat yang diselaraskan oleh Maritime Rescue Sub Center (MRSC) ini membawa kepada penemuan mayat mangsa dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok…










