KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat sejarah apabila jumlah perdagangan negara mencapai RM3 trilion bagi kali pertama pada 2025 sekali gus menunjukkan prestasi ekonomi yang kukuh. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu hasil daripada hubungan perdagangan yang baik dengan rakan dagang utama seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China, selain kejayaan meneroka pasaran baharu bagi mengukuhkan aliran perdagangan negara. “Sejarah tercipta dengan jumlah perdagangan untuk 2025 mencecah RM3 trilion…









