MAINPP, Zakat MAINPP beri kerjasama bantu siasatan SPRM

MAINPP, Zakat MAINPP beri kerjasama bantu siasatan SPRM

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Zakat MAINPP memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri berhubung isu salah guna dana zakat untuk urusan pembelian tanah.

Timbalan Ketua Menteri I yang juga Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, ketika ini, semua maklumat yang diperlukan oleh SPRM telah disalurkan seperti yang diminta.

“Ya, MAINPP dan Zakat MAINPP telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan segala maklumat yang diminta juga telah diberikan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suruhanjaya tersebut dalam satu kenyataan sebelum itu memaklumkan, satu kertas siasatan telah dibuka terhadap seorang pegawai kanan kerajaan negeri kerana didakwa menyalah guna kuasa dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Menurut sumber, kertas siasatan tersebut dibuka susulan pendedahan yang dilakukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan negeri hujung tahun lalu.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai siasatan tersebut dan berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN