KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan proses semakan kehakiman membatalkan fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis (JFP) membabitkan pegangan kumpulan GISB Holdings Sdn. Bhd.. Dalam prosiding keputusan, Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas memutuskan permohonan semakan kehakiman itu tidak berasas daripada segi undang-undang dan menolak cabaran terhadap fatwa itu. Beliau ketika membacakan keputusan tersebut berkata, berdasarkan Seksyen 48 Enakmen 4/2006, sesuatu fatwa hanya boleh diwartakan selepas mendapat…










