Lawan jika dibuli, jangan mudah dijadikan kambing hitam - Puteri Balqis - Utusan Malaysia

Lawan jika dibuli, jangan mudah dijadikan kambing hitam – Puteri Balqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Bagai kecewa dengan kemelut yang hangat menjadi sorotan kebelakangan ini, pelakon, Puteri Balqis Azizi, 19, menasihatkan individu yang pernah mengalami situasi sama sepertinya untuk terus bangkit apabila dibuli.

Kata pelakon yang mesra dipanggil Aqish itu, setiap individu yang dibuli harus berani melawan pembuli agar tidak terus menjadi mangsa keganasan yang berlaku.

“Kecewa. Untuk semu penyokong dan sahabat-sahabat saya, jika hidup kalian ada persamaan dengan kami, terus melangkah.

“Jika kalian dibuli seperti saya dan ibu saya, lawan, jangan mudah dijadikan kambing hitam,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon drama Keluarga Itu itu turut menekankan tentang pentingnya memilih kawan yang tepat dalam persahabatan demi kesejahteraan hidup kemudian hari.

“Untuk rakan baik saya, pilih sahabat walau tidak ramai. Tak ramai bukan bererti kita suka bermusuh. Kita pilih.

“Terima kasih atas pendapat dan sokongan yang bermakna yang kalian berikan kepada saya. Yang dibuli kekal menderita. Si pembuli riang ketawa,” ujarnya.

Terdahulu, nama Puteri Balqis mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran di media sosial secara terbuka mencabar rakan selebriti, Mia Sarah Nasuha, untuk tampil bersemuka.

Aktres itu menyelar tindakan Mia yang didakwa cuba meraih simpati dengan mengalirkan air mata ketika ditemu bual pengamal media menerusi satu sesi temu ramah, baru-baru ini.

Tidak terhenti di situ, Puteri Balqis turut mendakwa pihak pengurusan dan rakan artis terbabit pernah menghina serta cuba memerangkap ibunya menerusi tawaran pekerjaan palsu.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon itu juga mendakwa Mia Sara terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti kerap ke kelab malam, minum alkohol dan mengambil bahan terlarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN