KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menegaskan komitmen mewujudkan pentadbiran telus, seimbang dan boleh disemak oleh seluruh rakyat sekiranya diberi mandat. Beliau berkata, ketelusan merupakan asas utama dalam membina keyakinan masyarakat terhadap wakil rakyat dan memastikan setiap amanah dilaksanakan secara bertanggungjawab. “Saya akan mewujudkan sebuah laman web dikenali sebagai Kinabatangan Best yang memaparkan laporan, pergerakan dan aktiviti parlimen secara terbuka kepada umum. “Laman web ini juga akan…










