PETALING JAYA: Kumpulan-kumpulan ekstremis atau militan yang mengeksploitasikan agama untuk menjustifikasikan tindakan operasi bunuh diri perlu dipantau demi keselamatan negara. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan Cawangan Khas dalam mengesan dan melancarkan operasi besar-besaran ke atas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) sejak Disember 2001 berjaya menggagalkan perancangan ganas JI di Malaysia. Menurutnya, tindakan kumpulan JI melancarkan serangan…










