PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 199 tong gas petroleum cecair (LPG) beserta pelbagai peralatan dan sebuah lori yang dianggarkan bernilai RM144,427 menerusi operasi penguatkuasaan di sebuah premis di Kampung Sungai Keroh, Sepang, kelmarin. KPDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, serbuan yang dilakukan susulan maklumat risikan hasil aduan awam itu melibatkan penahanan tiga individu termasuk dua warga asing kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan…









