Kod Amalan Pembiayaan Pihak Ketiga 2026 berkuat kuasa mulai 1 Januari

Kod Amalan Pembiayaan Pihak Ketiga 2026 berkuat kuasa mulai 1 Januari

Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kod Amalan Pembiayaan Pihak Ketiga 2026 telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 1 Januari lalu selaras dengan penguatkuasaan Akta Timbang Tara (Pindaan) 2024 (Akta A1737).

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, Kod Amalan berkenaan dikeluarkan di bawah seksyen 46D Akta Timbang Tara 2005 (Akta 646).

Ia bagi menetapkan amalan serta piawaian etika berkaitan pembiayaan pihak ketiga yang perlu dipatuhi dan dipenuhi oleh pembiaya pihak ketiga.

“Pengenalan Kod Amalan tersebut berfungsi sebagai garis panduan penting bagi melengkapkan penguatkuasaan kerangka kawal selia sentuhan ringan serta pengesahan pembiayaan pihak ketiga dalam prosiding timbang tara seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 646.

“Maklumat lanjut mengenai Kod Amalan Pembiayaan Pihak Ketiga 2026 boleh didapati di laman sesawang https://www.bheuu.gov.my/penerbitan/lain-lain,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN