KUALA LUMPUR: Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) sebanyak RM5 juta, tiga tahun lalu. Mohamed Fauzi, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan teehadapnya dibaca di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan, Mohamad Fauzi ketika menjawat Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa…










