Kesihatan Perdana Menteri memberangsangkan

Kesihatan Perdana Menteri memberangsangkan

ANWAR Ibrahim menjalani pemeriksaan kesihatan di ospital Sultan Idris Shah Serdang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap memberangsangkan dan membolehkannya meneruskan semua tugasan rasmi seperti dijadualkan.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata, Perdana Menteri telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala hari ini.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi

“Keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa kesihatan Perdana Menteri berada pada tahap yang memberangsangkan, serta membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN