PETALING JAYA: Kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik menjadi kunci utama memastikan sistem pendidikan negara terus berkembang sebagai antara yang terbaik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu pendidikan akan terus menjadi keutamaan kerajaan kerana ia asas pembentukan generasi masa depan berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Katanya, kejayaan sistem pendidikan tidak hanya bergantung kepada dasar, peruntukan atau kemudahan semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan menyeluruh serta hubungan…










