Kerjasama politik bukan alasan UMNO terpaksa gadai prinsip

Kerjasama politik bukan alasan UMNO terpaksa gadai prinsip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerjasama politik tidak boleh dijadikan alasan untuk UMNO terpaksa menggadaikan prinsip, menghilangkan identiti parti atau berdiam diri demi kelangsungan sementara.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, parti tidak boleh masuk ke mana-mana kerjasama politik tanpa arah yang jelas, tanpa pendirian yang tegas dan tanpa strategi yang tuntas. 

“Bagi Puteri UMNO, sebelum bercakap soal kerjasama, kita mesti jelas tentang siapa kita dan apa yang kita perjuangkan.

“Yang penting adalah survival UMNO! Bila kita stabil dan mapan, rakyat juga yakin kita boleh ke depan! 

“Puteri UMNO mahu UMNO berada dalam kerjasama sebagai rakan yang relevan, rakan yang dihormati, rakan yang membawa nilai dan solusi, dan rakan yang membawa kebaikan kepada parti,” katanya dalam ucapan dasar Ketua Puteri UMNO di sini hari ini.

Nurul Amal berkata, Puteri UMNO menegaskan bahawa sebarang keputusan politik perlu dibuat berasaskan kajian menyeluruh, bukan emosi atau kehendak pihak tertentu. 

“Adakah kita ingin menjadi penyebab huru-hara politik negara? UMNO ditubuhkan bukan semata-mata kerana kuasa, tetapi untuk memikul amanah besar menjaga maruah Melayu dan kestabilan negara. 

“Asas perjuangan ini berpaksikan satu perkara yang tidak boleh tergugat, iaitu kepercayaan rakyat. Tanpa kepercayaan, UMNO kehilangan kewibawaan untuk berdiri sebagai entiti yang mempertahankan kepentingan Melayu,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN