KUALA LUMPUR: Kerajaan menyatakan sokongan penuh terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), termasuk penganjuran aktiviti yang bercanggah dengan nilai agama dan norma masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan berkata, semua isu berkenaan perlu ditangani secara berhemah serta berpandukan kerangka undang-undang sedia ada. “Kita menyokong sepenuhnya titah Tuanku dan insya-Allah kita berdoa agar perkara ini dapat ditangani…










